Saturday, October 17, 2009

Hari 01 Lawatan: Kuala Lumpur - Doha - Madrid

Pagi tadi (Jumaat) kami berlepas dari KLIA pukul 3.35 pagi waktu Malaysia.  Penerbangan mengambil masa lebih dari 7 jam untuk sampai di Doha, Qatar pada pukul 5.45 pagi waktu Qatar.  Hari dah cerah waktu tu.

Oleh kerana penerbangan ke Madrid hanya akan berlepas pukul 1.05 petang, agen kami telah mengaturkan sebuah van membawa kami melawat bandar Doha.  Juga disediakan seorang wanita China dari Shanghai untuk memberi penerangan semasa lawatan.  Kami dibawa melawat kawasan unta, pasar sayur dan buah, kompleks Sukan Asia dan pusat kuda sebelum melawat tengah bandar Doha yang pesat dibangunkan dengan bangunan-bangunan tinggi dengan reka-reka bentuk yang menarik.

Sebelum berlepas dari Doha Qatar Airways telah memberi kami kupon makan tengahari di lapangan terbang.  Makan biasa saja - nasi putih, pilihan satu lauk (gulai ayam, daging atau kambing), sekeping roti, sekeping kuih, pilihan minuman (air sejuk, pepsi atau teh panas).  Bolehlah untuk kenyang perut.

Kami berlepas dari Doha pukul 1.05 petang menuju Madrid.  AlhamdulilLah kami telah sampai di Madrid dengan selamatnya pada pukul 7.20 malam hari Jumaat 16-Okt-09 waktu Madrid (pukul 1.20 pagi hari Sabtu di Malaysia).  Tiada masalah kastam dan bagasi pun sampai dengan elok.  Cuaca di luar rasa sejuk juga.  Ada bas menunggu kami untuk membawa kami ke Hotel Gran Atlanta.  Hotel ni saya rasa cuma tiga bintang saja.

Sekian dulu. Wassalam.

Tuesday, October 13, 2009

Purchasers of Langkawi Lagoon Resort

Dear fellow purchasers,

I believe we need to have a forum where we can discuss and share experiences on the developments of the units we purchased from Tema Teladan Sdn Bhd, the subsidiary of MK Lands Berhad.  We need to work together with all the parties including with the resort operator, Pujaan Pasifik Sdn Bhd, who lease the units from us, for greater mutual benefits. Drop me a line if you find this interesting.

Lawatan ke Sepanyol dan Maghribi

Semenjak saya bersara pada hujung Sep 2008, sudah ramai kawan-kawan yang mengatakan  inilah masanya untuk melancong, selepas begitu lama berkerja bertungkus lumus.  InsyaAllah kami suami isteri akan menyahut cadangan itu dengan berkunjung ke Sepanyol dan Maghribi (Morocco) mulai Juma'at 16-Okt-2009 ini sebelum Subuh, pukul 3.35 pagi.  Inilah kali pertama saya menyambut cadangan tersebut.

Kunjungan ini diuruskan oleh saudara Azlan Abdullah, kawan se darjah saya semasa belajar di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak dalam akhir-akhir tahun 60'an dan awal 70'an.  Azlan memang berkerja keras untuk menjayakan kunjungan ini.  Dia datang dari rumahnya di Beranang ke rumah saya di Taman Tun Dr Ismail 3 kali.  Kali pertama dia dah ada di Taman Tun, tapi telefon bimbit saya ada masaalah dan kami tak dapat berjumpa.  Dia datang keesokkan hari untuk mengambil paspot kami untuk buat visa untuk melawat Maghribi.  Kali terakhir dia datang untuk mengambil cek bayaran.  Rasanya tak dapatlah kami membalas semua jasa baiknya ini.  Kami hanya dapat berdoa semoga dia sentiasa terus berjaya dalam segala usaha-usahanya.

InsyaAllah rombogan ini akan mengandungi 18 peserta terdiri dari kawan-kawan se darjah yang lain dengan isteri-isteri dan anak-anak, dan, mengikut Azlan, ada juga 'junior' kami yang ikut serta.  Jadi boleh dikatakan kami saling kenal mengenali kerana sebelum ini pun kami sering juga berjumpa di majlis-majlis alumni STAR, terutama sekali kumpulan STAR66 ia-itu kumpulan yang memasuki kelas Khas dalam tahun 1966.  Kelas Khas ialah kelas peralihan dari darjah 6 ke tingkatan 1, dimana tumpuannya ialah menguasai bahasa Inggeris.

Untuk lawatan ini kami akan menggunakan penerbangan Qatar Airways. Mengikut ceritanya inilah perkhidmatan penerbangan yang paling murah untuk tujuan ini.  Kami juga menggunakan perkhidmatan syarikat Golden Tourworld Travel (M) Sdn Bhd yang berada di Cangkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur untuk segala urusan penerbangan, pengangkutan tempatan, tempat tinggal dan makan minum.

Melihat kepada aturcara kunjungan, dari KLIA, InsyaAllah, kami akan singgah di Doha pada pukul 6 pagi waktu tempatan dan kami akan dibawa melihat bandar Doha sementara menunggu penerbangan ke Madrid yang hanya akan berlepas pada pukul 1.05 petang dan akan sampai di Madrid pukul 7.55 malam waktu tempatan (pukul 1.55 pagi Sabtu waktu Malaysia).  Hari pertama ini rasanyalah adalah hari yang terpanjang, disebabkan oleh perbezaan waktu.

Di Sepanyol kami akan melawat 5 bandar (Madrid, Toledo, Cordoba, Granada dan Seville) dalam masa lima hari. Perjalanan paling jauh ialah dari Toledo ke Cordoba sejauh 330 km dan dari Granada ke Seville sejauh 255 km.  Nampaknya tiap-tiap hari jadualnya ialah waktu pagi kami akan melawat sekeliling bandar, kemudian selepas makan tengahari kami akan bertolak ke bandar yang berikutnya. Nampaknya macam sebuk betul, tapi tengoklah nanti macam mana yang sebenarnya.

Pada hari Rabu 21-Okt kami akan meninggalkan Seville untuk pergi 185 km ke selatan ke bandar Algeciras untuk menaiki feri meninggalkan Eropah dan menyeberangi selat Gibraltar untuk pergi ke Utara Afrika ke bandar Tangier di negara Maghribi. Pelayaran feri ini lebih kurang 70 km panjangnya.  Harap-harap cuaca eloklah supaya penyeberangan ini dapat disempurnakan dengan selamat.

Di Maghribi pula kami akan melawat 4 bandar dalam masa 4 hari (Fez, Marrakech, Casablanca dan Rabat).  Tetapi sebenarnya cuma 3 hari kerana pada hari Jumaat 23-Okt kami akan mengembara sehari suntuk dari Fez ke Marrakech, perjalanan sejauh 500 km.  Harap-harap pemandangan semasa perjalanan ini adalah menarik dan cantik.  Kalau tak tentulah kami akan menjadi bosan dalam bas. Jadual hari-hari lain nampaknya serupa seperti jadual harian semasa di Sepanyol.

Perjalanan pulang ke Malaysia akan bermula dari Casablanca pada pukul 10.00 pagi Isnin 26-Okt waktu tempatan dan sampai di Doha pukul 8.05 malam waktu Doha.  Kemudian pada pukul 1.15 pagi Selasa 27-Okt kami akan berlepas dari Doha dan InsyaAllah mendarat di KLIA pukul 1.50 petang hari yang sama.  Hmmmm... pergi cuma mengambil masa 1 hari, tapi balik mengambil masa 2 hari.  Begitulah peredaran dunia.

InsyaAllah saya akan membawa notebook saya.  Harap-harap adalah wifi percuma di tempat-tempat yang kami lawati supaya saya dapat layari internet dan saya akan cuba melapurkan perkembangan lawatan kami ini.

Wassalam.

Friday, October 2, 2009

Dimanakah Pembeli-Pembeli Unit di Langkawi Lagoon Resort?

Pada tahun 2001 saya telah membeli unit di Langkawi Lagoon Resort di Langkawi.  Ramailah juga pembeli-pembeli lain yang membeli unit-unit yang ditawarkan di situ - ada unit bilik hotel dan ada unit villa atas air.  Saya diberitahu oleh pemajunya, Tema Teladan Sdn Bhd, diantara pembeli-pembeli unit, ada pembeli korporat dan ada pembeli individu.  

Unit-unit yang dibeli itu kemudiannya disewakan kepada Pujaan Pasifik Sdn Bhd yang beroperasi sebagai pengusaha Langkawi Lagoon Resort.  Baru-baru ini perjanjian penyewaan unit saya dengan Pujaan Pasifik telah diperbaharui.  Saya berasa kurang puas hati dengan proses pembaharuan ini dan juga terma-terma yang diberikan adalah tidak sebaik terma-terma dalam perjanjian sulong dulu.  

Adakah pembeli unit-unit lain di Langkawi Lagoon juga merasakan seperti yang saya rasa?  Kalau ada, adakah apa-apa yang boleh kita buat? Mungkin pembeli-pembeli semua perlu berjumpa dan berbincang untuk kebaikan bersama.  



Tuesday, June 9, 2009

Of Freedom of Speech....

I find the article "Groups slam PAS for its motion against SIS at assembly" in The Star 9-Jun-2009 interesting.

On one side there is PAS which, according to the article, "adopted a motion on Sunday at its 55th Muktamar, urging the National Fatwa Council to declare SIS haram if its activities were found to be contrary to the Islamic teachings and principles."

On the other side, according to the article, there are a Cabinet Minister, PKR vice-president, DAP national secretary, Malaysian Bar Council president and Wanita Gerakan secretary-general - all of them criticising PAS for adopting the motion.  The criticisms included statement like "the Islamist party should learn to accept differing views", "SIS should be free to express its opinions", "dialogue and debate should be the way and not silencing differing views", and "religion had apparently been used to divide and coerce".

I guess, in a way, in this article both sides are exercising their "Freedom of Speech".   

What I really want to know is, is it wrong for anyone (in this case, PAS) to ask an authority (in this case, National Fatwa Council - NFC) to investigate an organisation (in this case, Sister In Islam - SIS) if there is concerns that the  organisation may be contravening the laws (in this case, Islamic teachings and principles)?  

How different is this from the many police reports made on various issues, the many requests made for the Attorney-General to investigate various things or reports made to the Malaysian Anti-Corruption Commission?

Surely when one makes a report to an authority, one must provide supporting evidences.  Then the authority will evaluate the evidences and decide if there is a case to investigate.  If there is a case then they will investigate, analyse, evaluate, conclude and decide.

In this case, PAS will have to provide supporting evidences to NFC if PAS want NFC investigate SIS.  Even then it will be up to NFC to decide if there is a case to investigate or not.   Even if they investigate, analyse, evaluate we do not know yet what their conclusion and decision would be.

For all we know, NFC, in their wisdom, may decide that SIS is Islamic and Halal, NOT Haram!!!

Thursday, May 14, 2009

Dua Beradik

Memandangkan suasana dalam negeri kita ketika ini, saya rasa cerita berikut amat sesuai. Cerita ini saya baca di laman Inspirational Words of Wisdom.  Asalnya dalam bahasa Inggeris.  Maaflah sekiranya terjemahan saya tidak tepat.

Pada suatu masa dahulu dua beradik, yang duduk berjiran di ladang masing-masing, bergaduh. Itu adalah pergaduhan besar yang pertama selepas 40 tahun berladang sebelah menyebelah, berkongsi jentera-jentera, bertukar-tukar pekerja dan barangan bila diperlukan tanpa sebarang konflik.  Kemudian persefahaman dan kerjasama selama itu runtuh sedikit demi sedikit.  Ia bermula dengan sedikit salah faham, kemudian membesar kepada perselisihan dan akhirnya meletup dengan kata-kata kasar diikuti dengan tidak bertegur sapa sudah berminggu-minggu.

Suatu pagi terdengar ketukan pintu rumah si abang.  Dia membuka pintu dan menjumpai seorang lelaki membawa alat-alat pertukangan kayu.  "Saya mencari kerja sementara" katanya.  "Mungkin tuan ada kerja-kerja kecil di sana sini yang mungkin saya boleh lakukan? Bolehkan tuan bantu?" "Ya," kata si abang ini. "Saya ada kerja untuk awak."

 "Lihat ladang di sebelah parit itu.  Itu jiran saya; sebenarnya, itu ladang adik saya.  Minggu lepas ada lembah di antara kami dan dia telah menggunakan jentolaknya mengorek lembah yang cantik itu dan sekarang ada parit yang luas antara kami.  Dia mahu menyakitkan hati saya, tetapi saya akan menyakitkan hatinya lebih lagi."

"Awak lihat balak-balak dekat setor itu? Saya mahu awak buatkan pagar untuk saya -- pagar 8 kaki tingginya --   saya tidak mahu melihat ladangnya atau mukanya lagi."

Tukang kayu itu berkata, "Saya rasa saya faham keadaan ini. Tunjukkan saya paku-paku dan pengorek lubang tuan dan saya akan dapat membuat kerja yang akan memuaskan hati tuan."

Si abang terpaksa pergi ke bandar.  Selepas menolong si tukang kayu menyediakan barang-barang keperluannya, si abang pun pergi.  Si tukang kayu bekerja keras seharian suntuk mengukur, menggergaji, memaku.  Apabila si abang pulang hampir senja, si tukang kayu baru selesai kerjanya.

Si abang terperanjat besar; matanya terbeliak, mulutnya ternganga.  Tidak ada pagar tinggi. Yang ada ialah satu jambatan -- jambatan yang menghubungkan sebelah sini parit ke sebelah sana parit!  Satu hasil pertukangan kayu yang cantik, siap dengan sulusur tempat berpegang di dua belah jambatan -- dan jirannya, ia-itu adiknya, datang menghampiri mereka dengan tangan terbuka luas. "Abang sungguh hebat! Membina jambatan ini selepas semua yang telah saya kata dan lakukan."  Dua beradik berhadapan di seberang jambatan dan mereka bertemu di tengah jambatan berpegangan tangan.

Mereka menoleh kepada si tukang kayu yang sedang memikul peralatan pertukangannya.  "Tunggu! Duduklah di sini beberapa hari lagi.  Saya ada banyak projek untuk awak," kata si abang.  "Terima kasih," kata si tukang kayu, "tetapi saya ada banyak lagi jambatan untuk di bina."

Fikirkanlah:  Anda ada sebarang jambatan yang perlu di bina? 

Monday, March 23, 2009

Tempat Membuang Sampah Yang Strategik

Dalam The Star (Metro Central) Khamis 19-Mar-2009 ada satu rencana bertajuk "Residents want dump cleared".  Rencana ini menceritakan bagaimana perabut terpakai dan lain-lain sampah berlonggok di satu simpang jalan di satu kawasan perumahan di Petaling Jaya Utara. Keadaan ini mencemarkan pandangan (eyesore) dan bau busuknya juga tidak menyenangkan. Persatuan penduduk di situ mengatakan bahawa masaalah ini bukanlah satu perkara yang baru dan aduan-aduan telah banyak dibuat kepada pihak-pihak yang berkuasa tetapi tindakan yang telah diambil tidak begitu berkesan.  Cadangan juga dibuat supaya papan amaran jangan membuang sampah didirikan di simpang tersebut.

Pihak yang  berkuasa mestilah mengkaji masaalah ini dengan sedalam-dalamnya dan membuat pendekatan yang berkesan.  Perkhidmatan awam perlu mengambil pendekatan perniagaan/pemasaran dalam melaksanakan perkhidmatan mereka supaya lebih berkesan.  Perkhidmatan pengurusan sampah boleh diuruskan dengan pendekatan pemasaran kerana ianya membabitkan ramai "pelanggan/pengguna".  Pihak yang berkuasa perlu mengambil kira tingkah-laku atau karenah pengguna (consumer behaviour) dalam melaksanakan pengurusan sampah ini.  

Melihat kepada kawasan-kawasan lain dimana papan-papan tanda amaran jangan buang sampah telah didirikan, saya dapati amaran-amaran tersebut tidak begitu berkesan, kerana orang masih terus membuang sampah di situ.  Ini mungkin disebabkan mereka telah begitu selesa membuang sampah di situ.  Mungkin juga mereka tidak tahu dimana lagi mereka boleh membuang sampah mereka.  Kalau pun mereka tahu di mana, mungkin untuk pergi ke tempat tersebut amat menyusahkan mereka.

Berbalik kepada rencana The Star yang tersebut di atas, dikatakan bahawa simpang jalan tempat sampah dibuang itu sudah lama digunakan oleh orang ramai untuk tujuan tersebut. Tentulah banyak sebab-sebab mengapa orang ramai suka membuang sampah di situ.  Ini mengingatkan saya kepada  tiga faktor terpenting untuk kejayaan dalam bidang pemasaran, ia-itu tempat, tempat, tempat (location, location, location). Kita katakan bahawa sekiranya kita dapat tempat yang sesuai, perniagaan kita akan menjadi satu lombong emas (gold mine).  

Oleh yang demikian saya mencadangkan supaya pihak-pihak yang berkuasa mengambil pendekatan pemasaran ini: ia-itu dengan membangunkan pusat pengutipan sampah yang sempurna di simpang jalan tersebut.  Kerana tempat ini telah pun terkenal sebagai tempat membuang sampah, tentulah pembangunan ini akan memudahkan lebih ramai lagi orang membuang sampah di situ.  

Dengan adanya tempat pembuangan sampah yang strategik ini besar kemungkinannya kos pengurusan sampah pihak yang berkuasa akan dapat dikawal atau dikurangkan. Sekiranya semua penduduk sesuatu kawasan perumahan dapat dipengaruhi untuk datang membawa sampah-sampah mereka ke tempat pembuangan sampah yang strategik ini, maka perkidmatan pengutipan sampah dari rumah ke rumah tidak diperlukan lagi. 

Dan dengan pengurusan sampah yang lebih sempurna tentulah penduduk di kawasan itu akan mengalami mutu kehidupan (quality of life) yang lebih sempurna lagi.

WalLahu 'alam.

 

Thursday, March 12, 2009

Penguatkuasaan Yang Berkesan

Ada orang yang mengatakan bahawa undang-undang di Malaysia ni dah cukup dah, dah bertaraf dunia pun.  Yang kurang ialah penguatkuasaan undang-undang tersebut.  Perbandingan yang selalu dibuat ialah dengan Singapura, dimana penguatkuasaan undang-undang mereka dikatakan begitu ketat dan kuat sekali.  Kita patutlah mencontohi mereka dalam bidang ini.

Untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang di Malaysia, langkah-langkah berikut perlulah dipertimbangkan:

  1. Pastikan denda yang dikenakan adalah betul-betul mendenda orang yang membuat kesalahan.  Dengan ini orang akan takut membuat kesalahan. 
  2. Pastikan orang yang membuat kesalahan tersebut tidak membuat sebarang rayuan.  Sekiranya ia cuba membuat rayuan, dendanya hendaklah ditambah lagi.
  3. Pastikan juga pihak penguatkuasa tidak melayan sebarang rayuan untuk pengurangan denda.  Sekiranya pihak penguatkuasa melayan sebarang rayuan, pihak penguatkuasa tersebut mestilah dikira sebagai telah membuat kesalahan dan perlu dihukum pula.
  4. Pastikan juga pegawai-pegawai penguatkuasa adalah orang yang betul-betul layak, terlatih dan berdisiplin menjalankan tugas.  Mereka perlulah diberikan sara hidup yang memuaskan supaya mereka tidak perlu menerima rasuah dari orang yang membuat kesalahan.  
  5. Pastikan juga semua sistem dan peralatan penguatkuasaan adalah yang terbaik supaya apa-apa tindakan yang diambil oleh pegawai-pegawai penguatkuasa nanti tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

WalLahu'alam.

Tuesday, March 10, 2009

Membuang Sampah di Kuala Lumpur

Masaalah sampah yang kelihatan di mana-mana sahaja di Kuala Lumpur telah banyak diceritakan orang.  The Star hari ini (10-Mac-09) sekali lagi mengingatkan kita perihal ini dalam rencananya "KL City bearing the brunt of its residents’ lackadaisical attitude".   

Kebanyakan recana-rencana dan cerita-cerita ini hanya menyatakan keluhan-keluhan akan keadaan tidak manis ini.  Tidak banyak yang memberikan cadangan bagaimana masaalah ini mungkin dapat kita atasi bersama.  Kalau ada cadangan pun hanya setakat menekankan perlunya wargakota mengubah sikap supaya tidak lagi membuang sampah merata-rata tempat. 

Saya rasa cara dan sistem pembuangan dan pengumpulan sampah di bandaraya-bandaraya perlu dipertingkatkan untuk membantu mengatasi atau pun mengurangkan masaalah pembuangan sampah di merata-rata tempat ini.  

  1. Sediakan lebih banyak tempat membuang sampah.  Kalau tempat membuang sampah tidak ada tentulah orang akan membuang sampah dimana saja mereka merasa sesuai.  Kalau tempat membuang sampah tidak mencukupi, tentulah sampah akan melempah-lempah dan lama kelamaan orang akan membuang sampah di mana-mana saja. 
  2. Tempat-tempat membuang sampah ini mestilah mesra rakyat dan mudah dijumpai.   Tak ada gunanya menyediakan tempat membuang sampah yang canggih dan mahal, kalau wargakota tak tahu di mana letaknya.  Begitu juga kalau tempat itu terpencil atau pun jauh berbatu-batu; tidak ramai orang yang sanggup kesitu untuk membuang sampah.  
  3. Tempah membuang sampah ini perlulah sentiasa bersih.  Supaya orang merasa selesa untuk membuang sampah di situ. Jangan biarkan sampah di tempat membuang sampah tinggal di situ terlalu lama kerana tempat itu akan menjadi busuk sehingga orang pun meluat hendak membuang sampah di situ.  Sampah di dalam tempat membuang sampah perlulah selalu dan segera dialihkan ke tempat pelupusan sampah.  
  4. Badan-badan yang dipertanggungjawabkan memungut sampah perlulah mengambil semua jenis sampah.  Sekarang ini saya memerhatikan bahawa di kawasan-kawasan perumahan, badan-badan ini cuma mengambil sampah-sampai tertentu sahaja.  Mereka tidak ambil ranting-ranting dan daun-daun pokok yang telah dipotong, juga rumput yang dipotong pun tak diambil, perabot rosak pun tak diambil.  Kemana pulalah kami nak buang benda-benda ni??? 

Sekianlah cadangan saya.  Semoga ada faedahnya kepada semua pihak. WalLahu'Alam.

Saturday, March 7, 2009

Durian D Bukit Gantang

Durian akan runtuh
Ada yang masak, ada yang mentah
Hanya yang arif dapat membezakan

Durian akan runtuh
Ada yang lemak, ada yang pahit
Kalau dah beli, makanlah juga

Durian akan runtuh
Durian penuh duri
Wahai mentimun, pandai-pandailah jaga diri