Semenjak saya bersara pada hujung Sep 2008, sudah ramai kawan-kawan yang mengatakan inilah masanya untuk melancong, selepas begitu lama berkerja bertungkus lumus. InsyaAllah kami suami isteri akan menyahut cadangan itu dengan berkunjung ke Sepanyol dan Maghribi (Morocco) mulai Juma'at 16-Okt-2009 ini sebelum Subuh, pukul 3.35 pagi. Inilah kali pertama saya menyambut cadangan tersebut.
Kunjungan ini diuruskan oleh saudara Azlan Abdullah, kawan se darjah saya semasa belajar di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak dalam akhir-akhir tahun 60'an dan awal 70'an. Azlan memang berkerja keras untuk menjayakan kunjungan ini. Dia datang dari rumahnya di Beranang ke rumah saya di Taman Tun Dr Ismail 3 kali. Kali pertama dia dah ada di Taman Tun, tapi telefon bimbit saya ada masaalah dan kami tak dapat berjumpa. Dia datang keesokkan hari untuk mengambil paspot kami untuk buat visa untuk melawat Maghribi. Kali terakhir dia datang untuk mengambil cek bayaran. Rasanya tak dapatlah kami membalas semua jasa baiknya ini. Kami hanya dapat berdoa semoga dia sentiasa terus berjaya dalam segala usaha-usahanya.
InsyaAllah rombogan ini akan mengandungi 18 peserta terdiri dari kawan-kawan se darjah yang lain dengan isteri-isteri dan anak-anak, dan, mengikut Azlan, ada juga 'junior' kami yang ikut serta. Jadi boleh dikatakan kami saling kenal mengenali kerana sebelum ini pun kami sering juga berjumpa di majlis-majlis alumni STAR, terutama sekali kumpulan STAR66 ia-itu kumpulan yang memasuki kelas Khas dalam tahun 1966. Kelas Khas ialah kelas peralihan dari darjah 6 ke tingkatan 1, dimana tumpuannya ialah menguasai bahasa Inggeris.
Untuk lawatan ini kami akan menggunakan penerbangan Qatar Airways. Mengikut ceritanya inilah perkhidmatan penerbangan yang paling murah untuk tujuan ini. Kami juga menggunakan perkhidmatan syarikat Golden Tourworld Travel (M) Sdn Bhd yang berada di Cangkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur untuk segala urusan penerbangan, pengangkutan tempatan, tempat tinggal dan makan minum.
Melihat kepada aturcara kunjungan, dari KLIA, InsyaAllah, kami akan singgah di Doha pada pukul 6 pagi waktu tempatan dan kami akan dibawa melihat bandar Doha sementara menunggu penerbangan ke Madrid yang hanya akan berlepas pada pukul 1.05 petang dan akan sampai di Madrid pukul 7.55 malam waktu tempatan (pukul 1.55 pagi Sabtu waktu Malaysia). Hari pertama ini rasanyalah adalah hari yang terpanjang, disebabkan oleh perbezaan waktu.
Di Sepanyol kami akan melawat 5 bandar (Madrid, Toledo, Cordoba, Granada dan Seville) dalam masa lima hari. Perjalanan paling jauh ialah dari Toledo ke Cordoba sejauh 330 km dan dari Granada ke Seville sejauh 255 km. Nampaknya tiap-tiap hari jadualnya ialah waktu pagi kami akan melawat sekeliling bandar, kemudian selepas makan tengahari kami akan bertolak ke bandar yang berikutnya. Nampaknya macam sebuk betul, tapi tengoklah nanti macam mana yang sebenarnya.
Pada hari Rabu 21-Okt kami akan meninggalkan Seville untuk pergi 185 km ke selatan ke bandar Algeciras untuk menaiki feri meninggalkan Eropah dan menyeberangi selat Gibraltar untuk pergi ke Utara Afrika ke bandar Tangier di negara Maghribi. Pelayaran feri ini lebih kurang 70 km panjangnya. Harap-harap cuaca eloklah supaya penyeberangan ini dapat disempurnakan dengan selamat.
Di Maghribi pula kami akan melawat 4 bandar dalam masa 4 hari (Fez, Marrakech, Casablanca dan Rabat). Tetapi sebenarnya cuma 3 hari kerana pada hari Jumaat 23-Okt kami akan mengembara sehari suntuk dari Fez ke Marrakech, perjalanan sejauh 500 km. Harap-harap pemandangan semasa perjalanan ini adalah menarik dan cantik. Kalau tak tentulah kami akan menjadi bosan dalam bas. Jadual hari-hari lain nampaknya serupa seperti jadual harian semasa di Sepanyol.
Perjalanan pulang ke Malaysia akan bermula dari Casablanca pada pukul 10.00 pagi Isnin 26-Okt waktu tempatan dan sampai di Doha pukul 8.05 malam waktu Doha. Kemudian pada pukul 1.15 pagi Selasa 27-Okt kami akan berlepas dari Doha dan InsyaAllah mendarat di KLIA pukul 1.50 petang hari yang sama. Hmmmm... pergi cuma mengambil masa 1 hari, tapi balik mengambil masa 2 hari. Begitulah peredaran dunia.
InsyaAllah saya akan membawa notebook saya. Harap-harap adalah wifi percuma di tempat-tempat yang kami lawati supaya saya dapat layari internet dan saya akan cuba melapurkan perkembangan lawatan kami ini.
Wassalam.
Slimming Centers Malaysia Comparisons (Part 2)
-
For Part 1:
http://inmyownskin-nabilah.blogspot.my/2016/11/slimming-centers-malaysia-comparisons.html
Asslamu'alaikum wbt,
*5) Ku**nzense (Bdr. Br. Bangi...
9 years ago
No comments:
Post a Comment