Mengikut satu laman web, kemandirian bermakna survival.
Dalam dunia hutan, yang paling 'handal' akan 'berjaya'. Yang lemah, akan pupus. Dalam internet ada satu cerita, Singa dan Gazel, sejenis rusa kecil.
Mengikut cerita ini, setiap pagi di Afrika, apabila seekor gazel jaga dari tidur, ia tahu ia mesti berlari lebih pantas dari singa yang terpantas, atau ia akan dibaham singa. Begitu juga setiap pagi apabila seekor singa akan jaga dari tidur, ia tahu ia mesti berlari lebih pantas dari gazel yang paling perlahan, atau ia akan mati kelaparan.
Mengikut laman web ini, pengajaran cerita ini ialah tidak kiralah kalau anda seekor singa atau seekor gazel, apabila matahari terbit setiap pagi, anda perlu berlari. Ia-itu untuk meneruskan kehidupan, untuk survival atau kemandirian.
Ini adalah adat hutan yang biasa, kita semua faham. Tetapi kalau kita teliti, ternyata adat ini telah juga diterima bulat-bulat dan digunapakai oleh sebahagian masyarakat manusia. Kita boleh lihat yang berkuasa menindas yang lemah, yang kaya memeras yang miskin, yang cerdik menipu yang lembab, dan sebagainya. Kita boleh lihat perkara ini di mana-mana sahaja. Baik di negara-negara barat mahupun di negara-negara timur.
Ada pihak-pihak yang menjadi mangsa menerima hakikat ini sebagai 'sudah takdir' dan terus hidup dalam keadaan tertekan. Ada pula mangsa yang menyerah kalah, dan akhirnya mereka pupus. Tetapi adakah pilihan lain untuk mangsa-mangsa ini untuk meneruskan kehidupan, untuk survival atau kemandirian mereka pula?
Slimming Centers Malaysia Comparisons (Part 2)
-
For Part 1:
http://inmyownskin-nabilah.blogspot.my/2016/11/slimming-centers-malaysia-comparisons.html
Asslamu'alaikum wbt,
*5) Ku**nzense (Bdr. Br. Bangi...
9 years ago