Saturday, October 17, 2009
Hari 01 Lawatan: Kuala Lumpur - Doha - Madrid
Oleh kerana penerbangan ke Madrid hanya akan berlepas pukul 1.05 petang, agen kami telah mengaturkan sebuah van membawa kami melawat bandar Doha. Juga disediakan seorang wanita China dari Shanghai untuk memberi penerangan semasa lawatan. Kami dibawa melawat kawasan unta, pasar sayur dan buah, kompleks Sukan Asia dan pusat kuda sebelum melawat tengah bandar Doha yang pesat dibangunkan dengan bangunan-bangunan tinggi dengan reka-reka bentuk yang menarik.
Sebelum berlepas dari Doha Qatar Airways telah memberi kami kupon makan tengahari di lapangan terbang. Makan biasa saja - nasi putih, pilihan satu lauk (gulai ayam, daging atau kambing), sekeping roti, sekeping kuih, pilihan minuman (air sejuk, pepsi atau teh panas). Bolehlah untuk kenyang perut.
Kami berlepas dari Doha pukul 1.05 petang menuju Madrid. AlhamdulilLah kami telah sampai di Madrid dengan selamatnya pada pukul 7.20 malam hari Jumaat 16-Okt-09 waktu Madrid (pukul 1.20 pagi hari Sabtu di Malaysia). Tiada masalah kastam dan bagasi pun sampai dengan elok. Cuaca di luar rasa sejuk juga. Ada bas menunggu kami untuk membawa kami ke Hotel Gran Atlanta. Hotel ni saya rasa cuma tiga bintang saja.
Sekian dulu. Wassalam.
Tuesday, October 13, 2009
Purchasers of Langkawi Lagoon Resort
I believe we need to have a forum where we can discuss and share experiences on the developments of the units we purchased from Tema Teladan Sdn Bhd, the subsidiary of MK Lands Berhad. We need to work together with all the parties including with the resort operator, Pujaan Pasifik Sdn Bhd, who lease the units from us, for greater mutual benefits. Drop me a line if you find this interesting.
Lawatan ke Sepanyol dan Maghribi
Kunjungan ini diuruskan oleh saudara Azlan Abdullah, kawan se darjah saya semasa belajar di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak dalam akhir-akhir tahun 60'an dan awal 70'an. Azlan memang berkerja keras untuk menjayakan kunjungan ini. Dia datang dari rumahnya di Beranang ke rumah saya di Taman Tun Dr Ismail 3 kali. Kali pertama dia dah ada di Taman Tun, tapi telefon bimbit saya ada masaalah dan kami tak dapat berjumpa. Dia datang keesokkan hari untuk mengambil paspot kami untuk buat visa untuk melawat Maghribi. Kali terakhir dia datang untuk mengambil cek bayaran. Rasanya tak dapatlah kami membalas semua jasa baiknya ini. Kami hanya dapat berdoa semoga dia sentiasa terus berjaya dalam segala usaha-usahanya.
InsyaAllah rombogan ini akan mengandungi 18 peserta terdiri dari kawan-kawan se darjah yang lain dengan isteri-isteri dan anak-anak, dan, mengikut Azlan, ada juga 'junior' kami yang ikut serta. Jadi boleh dikatakan kami saling kenal mengenali kerana sebelum ini pun kami sering juga berjumpa di majlis-majlis alumni STAR, terutama sekali kumpulan STAR66 ia-itu kumpulan yang memasuki kelas Khas dalam tahun 1966. Kelas Khas ialah kelas peralihan dari darjah 6 ke tingkatan 1, dimana tumpuannya ialah menguasai bahasa Inggeris.
Untuk lawatan ini kami akan menggunakan penerbangan Qatar Airways. Mengikut ceritanya inilah perkhidmatan penerbangan yang paling murah untuk tujuan ini. Kami juga menggunakan perkhidmatan syarikat Golden Tourworld Travel (M) Sdn Bhd yang berada di Cangkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur untuk segala urusan penerbangan, pengangkutan tempatan, tempat tinggal dan makan minum.
Melihat kepada aturcara kunjungan, dari KLIA, InsyaAllah, kami akan singgah di Doha pada pukul 6 pagi waktu tempatan dan kami akan dibawa melihat bandar Doha sementara menunggu penerbangan ke Madrid yang hanya akan berlepas pada pukul 1.05 petang dan akan sampai di Madrid pukul 7.55 malam waktu tempatan (pukul 1.55 pagi Sabtu waktu Malaysia). Hari pertama ini rasanyalah adalah hari yang terpanjang, disebabkan oleh perbezaan waktu.
Di Sepanyol kami akan melawat 5 bandar (Madrid, Toledo, Cordoba, Granada dan Seville) dalam masa lima hari. Perjalanan paling jauh ialah dari Toledo ke Cordoba sejauh 330 km dan dari Granada ke Seville sejauh 255 km. Nampaknya tiap-tiap hari jadualnya ialah waktu pagi kami akan melawat sekeliling bandar, kemudian selepas makan tengahari kami akan bertolak ke bandar yang berikutnya. Nampaknya macam sebuk betul, tapi tengoklah nanti macam mana yang sebenarnya.
Pada hari Rabu 21-Okt kami akan meninggalkan Seville untuk pergi 185 km ke selatan ke bandar Algeciras untuk menaiki feri meninggalkan Eropah dan menyeberangi selat Gibraltar untuk pergi ke Utara Afrika ke bandar Tangier di negara Maghribi. Pelayaran feri ini lebih kurang 70 km panjangnya. Harap-harap cuaca eloklah supaya penyeberangan ini dapat disempurnakan dengan selamat.
Di Maghribi pula kami akan melawat 4 bandar dalam masa 4 hari (Fez, Marrakech, Casablanca dan Rabat). Tetapi sebenarnya cuma 3 hari kerana pada hari Jumaat 23-Okt kami akan mengembara sehari suntuk dari Fez ke Marrakech, perjalanan sejauh 500 km. Harap-harap pemandangan semasa perjalanan ini adalah menarik dan cantik. Kalau tak tentulah kami akan menjadi bosan dalam bas. Jadual hari-hari lain nampaknya serupa seperti jadual harian semasa di Sepanyol.
Perjalanan pulang ke Malaysia akan bermula dari Casablanca pada pukul 10.00 pagi Isnin 26-Okt waktu tempatan dan sampai di Doha pukul 8.05 malam waktu Doha. Kemudian pada pukul 1.15 pagi Selasa 27-Okt kami akan berlepas dari Doha dan InsyaAllah mendarat di KLIA pukul 1.50 petang hari yang sama. Hmmmm... pergi cuma mengambil masa 1 hari, tapi balik mengambil masa 2 hari. Begitulah peredaran dunia.
InsyaAllah saya akan membawa notebook saya. Harap-harap adalah wifi percuma di tempat-tempat yang kami lawati supaya saya dapat layari internet dan saya akan cuba melapurkan perkembangan lawatan kami ini.
Wassalam.
Friday, October 2, 2009
Dimanakah Pembeli-Pembeli Unit di Langkawi Lagoon Resort?
Pada tahun 2001 saya telah membeli unit di Langkawi Lagoon Resort di Langkawi. Ramailah juga pembeli-pembeli lain yang membeli unit-unit yang ditawarkan di situ - ada unit bilik hotel dan ada unit villa atas air. Saya diberitahu oleh pemajunya, Tema Teladan Sdn Bhd, diantara pembeli-pembeli unit, ada pembeli korporat dan ada pembeli individu.
Unit-unit yang dibeli itu kemudiannya disewakan kepada Pujaan Pasifik Sdn Bhd yang beroperasi sebagai pengusaha Langkawi Lagoon Resort. Baru-baru ini perjanjian penyewaan unit saya dengan Pujaan Pasifik telah diperbaharui. Saya berasa kurang puas hati dengan proses pembaharuan ini dan juga terma-terma yang diberikan adalah tidak sebaik terma-terma dalam perjanjian sulong dulu.
Adakah pembeli unit-unit lain di Langkawi Lagoon juga merasakan seperti yang saya rasa? Kalau ada, adakah apa-apa yang boleh kita buat? Mungkin pembeli-pembeli semua perlu berjumpa dan berbincang untuk kebaikan bersama.