Ada orang yang mengatakan bahawa undang-undang di Malaysia ni dah cukup dah, dah bertaraf dunia pun. Yang kurang ialah penguatkuasaan undang-undang tersebut. Perbandingan yang selalu dibuat ialah dengan Singapura, dimana penguatkuasaan undang-undang mereka dikatakan begitu ketat dan kuat sekali. Kita patutlah mencontohi mereka dalam bidang ini.
Untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang di Malaysia, langkah-langkah berikut perlulah dipertimbangkan:
- Pastikan denda yang dikenakan adalah betul-betul mendenda orang yang membuat kesalahan. Dengan ini orang akan takut membuat kesalahan.
- Pastikan orang yang membuat kesalahan tersebut tidak membuat sebarang rayuan. Sekiranya ia cuba membuat rayuan, dendanya hendaklah ditambah lagi.
- Pastikan juga pihak penguatkuasa tidak melayan sebarang rayuan untuk pengurangan denda. Sekiranya pihak penguatkuasa melayan sebarang rayuan, pihak penguatkuasa tersebut mestilah dikira sebagai telah membuat kesalahan dan perlu dihukum pula.
- Pastikan juga pegawai-pegawai penguatkuasa adalah orang yang betul-betul layak, terlatih dan berdisiplin menjalankan tugas. Mereka perlulah diberikan sara hidup yang memuaskan supaya mereka tidak perlu menerima rasuah dari orang yang membuat kesalahan.
- Pastikan juga semua sistem dan peralatan penguatkuasaan adalah yang terbaik supaya apa-apa tindakan yang diambil oleh pegawai-pegawai penguatkuasa nanti tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
WalLahu'alam.
No comments:
Post a Comment