Tengahari semalam, Rabu 21 April 2010, saya berjalan-jalan di kawasan komersil Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail. Saya melihat ramai pegawai penguatkuasa trafik Bandaraya menyaman kereta-kereta yang diletakkan bukan di tempat letak kereta yang dibenarkan. Ada juga kereta yang kena saman kerana tempoh meletak kereta di tempat yang dibenarkan telah tamat.
Satu perkara yang saya dapati ialah semua tempat letak kereta yang dibenarkan di sekeliling kawasan komersil ini telah penuh dengan kereta. Oleh itu kereta-kereta lain tiada pilihan lain tetapi meletak kereta di tempat yang tidak dibenarkan. (Ini adalah satu sebab saya memilih untuk berjalan kaki ke kawasan ini. Sekiranya saya membawa kereta saya akan menghabiskan banyak masa mencari tempat kereta yang dibenarkan, dan akhirnya saya juga mungkin akan terpaksa memilih untuk meletak kereta di tempat yang tidak dibenarkan dan menanggung risiko akan disaman!!). Oleh itu adakah adil pihak penguatkuasa Bandaraya menyaman kereta-kereta ini?
Sepatutnya pihak Bandaraya hendaklah memastikan bahawa tempat letak kereta adalah mencukupi untuk menampung keperluan pekedai-pekedai dan pelanggan-pelanggan kawasan komersil ini sebelum memulakan operasi saman.
Slimming Centers Malaysia Comparisons (Part 2)
-
For Part 1:
http://inmyownskin-nabilah.blogspot.my/2016/11/slimming-centers-malaysia-comparisons.html
Asslamu'alaikum wbt,
*5) Ku**nzense (Bdr. Br. Bangi...
9 years ago
No comments:
Post a Comment